DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011


DOA SELAMAT  ( II )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.



اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami mohon kepadaMu semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman agar segala hasrat dan cita-cita kami menjadi kenyataan. Kami mengharapkan kasih sayangMu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman dan tenteram, agar kami dapat mengimarahkan bumi ini sepertimana yang Engkau perintahkan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan segala rendah diri kami memohon dariMu agar Engkau kurniakan kepada kami dan hamba-hambaMu dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan mendapat kejayaan serta mendapat keredaan dan restuMu sepanjang zaman.

Peliharalah kami dan negara kami  daripada segala bala bencana. Jauhilah kami dari segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkan Ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

DOA SELAMAT  ( I )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.



اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari segala hasutan syaitan mahupun kejahatan insan. Kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram.Jauhkanlah kami dari segala bala, wabak, mahupun penyakit yang menyusahkan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati dan sanubari kami. Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, lantaran itu makbulkanlah segala permohonan kami. Kami menadah tangan memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bermohon kepadaMu kesejahteraan di dalam agama, kesihatan tubuh badan, penambahan di dalam ilmu, keberkatan di dalam rezeki. Kami bermohon kepadaMu ya Allah taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah kami menghadapi saat-saat kematian dan selamatkanlah kami dari azab api neraka serta mendapat keampunanMu.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


DOA FESTIVAL NASYID

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .


Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
Hari ini kami hamba-hambaMu berhimpun dan berkumpul  bagi menjayakan Festival Nasyid Peringkat ……………… PadaMu kami memohon agar majlis kami ini mendapat keberkatan dan keredaanMu.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka melalui festival nasyid ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, rasulMu serta  agamaMu. Ya Allah terimalah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini.

Dalam Festival nasyid ini kami menyusun kata-kata indah, dengan gaya dan nada yang penuh hikmah mengajak hamba-hamba-Mu mengamalkan segala kebaikan dan menjauhi diri dari segala kejahatan dan kemungkaran. Hanya padaMu Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah segala usaha murni ini dan jadikanlah ia sebagai amal soleh yang akan mendapat ganjaran pahala dariMu.

Ya Allah, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu,maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik.



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA KARNIVAL ANTI DADAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Pada hari ini kami memanjatkan kesyukuran
kepadaMu kerana dengan hidayahMu kami dapat berkumpul bagi membicarakan tentang racun pemusnah yang merosakkan umat manusia sejagat.

Engkau cetuskanlah dalam hati kami, rasa jijik dan benci terhadap najis dadah dan bahan - bahan lain seumpamanya.Ya Allah peliharakanlah kami dan jauhilah kami dari perkara yang membinasakan kami.


Ya Allah kurniakanlah kesedaran kepada hambaMu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Berikanlah keinsafan kepada pengedar dadah durjana agar negara kami sentiasa selamat, aman makmur dan bahagia.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
(LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.


Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah  kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.


Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.


Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.


ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .


Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat Sekolah …………………………..tahun ………….

Ya Allah, Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki, Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu , pertengahannya dengan keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu.  Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan hidayah , kemenangan dan kecemerlangan .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ

Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami.Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru.

يَا اللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَِيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya .Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

يَا الله يَا حَىُّ يَا قََََيُّوْمُ

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pengawas yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pengawas yang berketrampilan dan berwibawa .

يَا اللهُ يَا مُؤَلِّفَ الْقُلُوْبِ

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU


DOA SEMPENA MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ

Segala puji-pujian bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk menjayakan Program Minggu Suaikenal pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

I
اَللَّهُمَّ يَاقََاضِيَ الْحَاجَاتِ  وَرَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Berkatilah usaha-usaha kami , Jadikanlah anak didik kami  pelajar yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, dalam aspek akademik mahupun kokurikulum dan mampu melahirkan generasi yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ


Jadikanlah segala maklumat yang dicurahkan sebagai panduan ke arah kecemerlangan diri . Jadikanlah  anak didik kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu, baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Anak yang cintakan ilmu pengetahuan, berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN


DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan petaka.

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami Hiasilah kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Jauhilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengamalkan kebaikan serta menjauhi segala  keburukan dan kejahatan.

يَا اَللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh segala ujian yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Berkatilah usaha-usaha kami , dan jadikanlah sekolah kami ini cemerlang, gemilang dan terbilang , dalam bidang akademik dan keperibadian .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Selasa, 22 Februari 2011

Doa Berpakaian

DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ

مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ.

“Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripadaNya tanpa daya dan kekuatan dariku.[14]

[14] HR. Seluruh penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai, lihat kitab Irwa’ul Ghalil 7/47.

DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN BARU


اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ

مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ

شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ.

“Ya Allah, hanya milikMu segala puji, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepadaMu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan kerananya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kerananya” [15]

[15] HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Baghawi dan lihat Mukhtashar Syamaailit Tirmidzi, oleh Al-Albani, halaman 47.


DOA BAGI ORANG YANG MENGENAKAN PAKAIAN BARU


تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللهُ تَعَالَى.


Kenakanlah sampai lusuh, semoga Allah Ta’ala memberikan gantinya ke-padamu. [16]

اِلْبِسْ جَدِيْدًا، وَعِشْ حَمِيْدًا، وَمُتْ شَهِيْدًا.


“Berpakaianlah yang baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid”. [17]

[16] HR. Abu Daud 4/41 dan lihat pula Shahih Abi Dawud, 2/760.
[17] HR. Ibnu Majah 2/1178, Al-Baghawi 12/41 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/275.

BACAAN KETIKA MELETAKKAN PAKAIAN


بِسْمِ اللهِ.


Dengan nama Allah (aku meletakkan baju). [18]

[18] HR. At-Tirmidzi 2/505 dan Imam yang lain. Lihat Irwa’ul Ghalil, 49 dan Shahihul Jami’ 3/203.

(Dikutip dari kitab Hisnul Muslim, Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al-Qur’an Dan As-Sunnah, Karya Said bin Ali Al-Qathani, diterjemahkan oleh Al-Akh Abu Muhammad Abdur Rahman, Murid As-Syaikh Kholid Az-Zufairi Hafidhohullah, Kuwait)

Doa Masuk Bilik Air

1. Doa ketika masuk:

(a). Masuk dengan kaki kiri dahulu

(b). Doa ketika melangkah kaki kiri semasa masuk bilk mandi

اللهم! إني أعوذ بك من الخبث والخبائث

“Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada godaan syaitan jantan dan betina”

Hadits Riwayat Bukhari no. 142; 6322 dan Muslim no. 375


2. Doa ketika keluar bilik air

(a). Keluar dengan kaki kanan dahulu

(b). Doa ketika melangkah kaki kanan semasa keluar dari bilik mandi

غفرانك

“Ertinya : Aku minta ampun kepadaMu

Hadits Riwayat Seluruh penyusun sunan kecuali An Nasa’i(1)

Rutin manusia masuk ke dalam bilik air sehari semalam merupakan kebiasaan yang terjadi berulang kali dan setiap kali keluar masuk dari bilik mandi dengan menerapkan sunnah-sunnah tersebut maka kita telah melaksanakan dua sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallm ketika masuk (mendahulukan kaki kiri dan berdoa ketika masuk) dan dua sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika keluar (mendahulukan kaki kanan dan berdoa ketika keluar).

Makna ‘’al-khubusyu wal khabai’syi’” adalah syaitan dari jenis jantan dan betina. Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan mereka kerana sesungguhnya kamar mandi adalah tempat tinggal mereka

(Disalin daripada kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan
_________
Nota kaki
(1) Hadits Riwayat Abu Dawud no. 39, Ibnu Majah no. 300 dan At-Tirmidzi no. 7. Dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaa-ul Ghaliil no. 52

Doa Bangun Pagi

Doa bangun tidur :

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur



Artinya :

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Keterangan:

Doa ini berdasarkan hadits Nabi yang diambil dari Riadust Shalihin :

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah SAW. jika akan tidur membaca :bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Erti Berdoa

Tempat Berdoa

Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).

Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.

Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.



Tujuan Dan Adab Berdoa

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.

1. Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.

2. Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.

3. Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).

4. Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).

5. Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T

Takrif Doa

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.




Amalan Doa Harian

Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak.

Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t.

Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.