DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011


DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
(LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.


Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah  kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.


Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.


Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.


ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

10 ulasan:

  1. Terima kasih saudara.sedang mencari doa ni.sbb sy dilantik membaca doa untuk pergi lawatan nanti.

    BalasPadam
  2. ad doa lain x....contoh nya doa untuk perjalanan secara berkumpulan atau konvoi...seorang wakil membaca doa utk kumpulan nya

    BalasPadam
  3. As salam..
    Terima Kasih di atas perkongsian doa ini..mohon izin saya menyalin salinan untuk kegunaan dalam perjalanan nanti...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Jazakallahu khaira.

    BalasPadam

  5. Assalam..
    Terima Kasih di atas perkongsian doa ini..
    Mohon izin saya menyalin salinan untuk kegunaan dalam perjalanan kami nanti

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian doa ini.

    BalasPadam
  7. Sgt membantu..alhamdulillah😁😁

    BalasPadam
  8. ALHAMDULILLAH. SANGAT MEMBANTU UNTUK RUJUKAN.. INSHAALLAH..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. .Sangat membantu. Mohon izin untuk menyalin.. .

    BalasPadam