DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011


DOA SELAMAT  ( I )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.



اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari segala hasutan syaitan mahupun kejahatan insan. Kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram.Jauhkanlah kami dari segala bala, wabak, mahupun penyakit yang menyusahkan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati dan sanubari kami. Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, lantaran itu makbulkanlah segala permohonan kami. Kami menadah tangan memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bermohon kepadaMu kesejahteraan di dalam agama, kesihatan tubuh badan, penambahan di dalam ilmu, keberkatan di dalam rezeki. Kami bermohon kepadaMu ya Allah taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah kami menghadapi saat-saat kematian dan selamatkanlah kami dari azab api neraka serta mendapat keampunanMu.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

1 ulasan: