DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011


DOA PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .


Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat Sekolah …………………………..tahun ………….

Ya Allah, Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki, Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu , pertengahannya dengan keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu.  Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan hidayah , kemenangan dan kecemerlangan .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ

Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami.Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru.

يَا اللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَِيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya .Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan