DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011

DOA SEMPENA MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU


DOA SEMPENA MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ

Segala puji-pujian bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk menjayakan Program Minggu Suaikenal pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

I
اَللَّهُمَّ يَاقََاضِيَ الْحَاجَاتِ  وَرَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Berkatilah usaha-usaha kami , Jadikanlah anak didik kami  pelajar yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, dalam aspek akademik mahupun kokurikulum dan mampu melahirkan generasi yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ


Jadikanlah segala maklumat yang dicurahkan sebagai panduan ke arah kecemerlangan diri . Jadikanlah  anak didik kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu, baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Anak yang cintakan ilmu pengetahuan, berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

2 ulasan: