DOA

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Khamis, 24 Februari 2011

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
(LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.

Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah  kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.

Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.

Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat Sekolah …………………………..tahun ………….

Ya Allah, Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki, Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu , pertengahannya dengan keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu.  Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan hidayah , kemenangan dan kecemerlangan .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِِّارُ

Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami.Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru.

يَا اللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَِيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya .Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

يَا الله يَا حَىُّ يَا قََََيُّوْمُ

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pengawas yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pengawas yang berketrampilan dan berwibawa .

يَا اللهُ يَا مُؤَلِّفَ الْقُلُوْبِ

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ